Tauhu Goreng Bermadu

Tauhu Goreng Bermadu

Sejak kebelakangan ini, tuan punya badan ini memang suka makan tengahari di salah sebuah kedai ‘vegetarian’ berdekatan dengan rumah.  Bukan lah nak jadi vegetarian pulak, tapi dah Kak Yan ni memang suka makan sayur jadi kalau nampak kedai vegetarian memang selalu aje nak cuba.

Dan satu lagi hal, Kak Yan juga suka sangat makan tauhu. Bak kata orang putih Kak Yan ni ibarat ‘a tofu lover’ la.

Tauhu ni kalau pandai masak memang boleh jadi sedap. Malah boleh dijadikan lauk utama di meja hidangan. Kalau dulu masa kami duduk ramai-ramai satu rumah, sapa yang memasak di dapur tu kena perah otak untuk jadikan lauk yang sebegini supaya menjadi lauk utama. Maknanya tauhu boleh menggantikan ikan, ayam atau daging. Ye la dulu bukannya hidup senang. Nak makan ayam seminggu sekali pun payah.

Berbalik kepada cerita kedai vegetarian tadi. Selalunya kalau makanan yang dijual memang berasaskan tauhu dan sayur-sayuran.

Dari tauhu boleh dijadikan seperti rasa ikan dan ayam.  Kemudian dimasak menjadi pelbagai menu seperti asam pedas, masak halia, nasi ayam dan banyak lagi. Semuanya dari asas tauhu. Jadi memang Kak Yan suka sangat la.

Resepi tauhu yang Kak Yan kongsi ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Rasa halia dan bawang putihnya diseimbangkan dengan rasa manis madu. Nak tambah pedas sikit pun boleh.

Tauhunya pulak apabila di goreng garing dan disalutkan dengan sos yang mengandungi madu menjadikan tauhu tu lagi ranggup.

Tentu anak-anak suka makan tauhu ni.

Kak Yan sangat ‘excited’ nak kongsi resepi tauhu ini. Ianya sangat sedap. Kak Yan pasti orang yang tak suka tauhu pun nanti akan jadi suka.

Tauhu Goreng Bermadu

Bahan-bahannya:
5 keping tauhu (dipotong dadu)
2 sudu besar tepung bestari/tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
4 tangkai daun bawang (asingkan bahagian bawahnya)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (diparut)
Bahan Sos:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar kicap cair
1 atau 2 sudu besar madu
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Cara membuatnya:
Gaulkan tauhu dengan tepung dengan rata.
Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Angkat dan toskan.
Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih, halia dan daun bawang yang berwarna putih.
Tumis sehingga wangi.
Tuangkan bahan sos dan masak sehingga ianya agak pekat.
Masukkan tauhu dan madu. Gaul rata.
Angkat dan taburkan daun bawang.

Leave a Reply

Recipe Rating