Kak Yan memang suka daun kadok. Kalau nampak ada jual di pasar, memang selalu beli. Rebus sampai lembut dan cicah dengan sambal belacan. Dah cukup sedap.
Bila Kak Yan cuba buat otak-otak ikan dan guna daun kadok, lagi lah Kak Yan suka.
Daun kadok ini bila di masak, memang akan mengeluarkan satu bau. Ini yang menjadikan dan kadok ini istimewa. Rasa daun kadok yang agak lemak memang sesuai digandingkan dengan otak-otak.
Selalunya masakan Thailand dan Vietnam suka menggunakan daun kadok. Lain kali Kak Yan nak cuba buat popia Vietnam yang guna daun kadok pulak. Mesti sedap kan.
Apapun dibawah ini adalah resepi otak-otak ikan daun kadok. Sila lah cuba. Jika tak berapa suka dengan rasa dan bau daun kadok, hanya guna daun pisang sahaja.
Cuba lah ye….
