Ayam Cili

Ayam Cili

Salam Jumaat buat semua,

Dari satu Jumat ke satu Jumaat terasa cepat betul masa berlalu. Dalam masa pandemik ini, setiap hari terasa ‘routine’ sangat. Masak, mengemas, membasuh baju dan segala kerja rumah.

Tak ada tetamu yang datang ke rumah. Tak ada kenduri yang perlu dihadiri. Tak balik kampung dan macam-macam lagilah. Allah memang suruh kita berehat kan.

Apapun syukur Alhamdulillah kita masih sihat dan semoga kita semua dijauhkan dari covid.

Bercakap pasal ‘routine’ seharian. Kita memang tak lari dari memasak. Tambahan lagi masa semua orang ada di rumah ini. Yang tak biasa pegang sudip pun kenalah menyenteng lengan baju juga.

Memasak ini menyeronokkan bila kita dah rancang apa yang nak dimasak. Kemudian baru lah kita dah boleh sediakan bahan-bahan untuk dimasak. Dapur kena kemas dan tersusun. Segala alatan memasak yang asas kena ada.

Barulah semangat untuk memasak tu lain macam.

Orang kata memasak ni, part yang paling susah ialah memikirkan apa yang nak dimasak. Betul tak?

Jadinya, Kak Yan ni ada lah kongsi sikit-sikit resepi yang mudah di igtv Kak Yan. Ha siapa yang tak follow instagram Kak Yan, follow lah ye.

Adalah sikit-sikit resepi untuk masak sarapan, lunch dan dinner maupun untuk minum petang.

Resepi hari ini juga pernah Kak Yan kongsi di igtv Kak Yan. Nak tengok secara rakaman video, jom la ke sana. Dekat bawah ni Kak Yan kongsikan resepi. Sangat mudah dan sedap ayam cili ini. Tak percaya, cubalah.

Ayam Cili

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam(dipotong18)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu teh tepung jagung
5 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Bahan Kisar
2 inci halia
1 biji bawang merah besar
Bahan Sos
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap biasa
Separuh dari bahan kisar
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih (dicincang)
Cara membuatnya:
Perap ayam bersama serbuk cili, serbuk lada hitam, tepung, separuh dari bahan kisar dan garam selama 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.
Tuangkan bahan sos dan masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuahnya pekat.

Leave a Reply

Recipe Rating