Ikan Siakap Goreng Kari Thai

Ikan Siakap Goreng Kari Thai

Selalu kita goreng ayam berempah. Kali ini kita guna ikan pulak.

Kali ini Kak Yan pilih ikan siakap. Senang nak dapatkan ikan siakap dan rasa lemaknya sangat serasi dengan segala rempah yang digunakan untuk menggoreng ikan ini.

Serius Kak Yan cadangkan supaya mencuba resepi ini. Berbaloi sangat. Segala bahan-bahan di olah menjadikan ikan ini sangat sedap dan berbau wangi.

Lebih-lebih lagi bila di taburkan daun selasih dan daun limau purut diatas ikan selepas ianya di goreng. Makan ikan ni panas-panas cicah dengan sos Thai pun sedap juga.

Bila tengok bahan-bahannya, boleh bayangkan betapa sedap dan padunya rasa ikan goreng ini. Ikan goreng istimewa.

Cuba lah ye….

Ikan Siakap Goreng Kari Thai

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
Minyak untuk menggoreng
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu besar tepung beras
6 helai daun limau purut (dibuang salurnya dan dipotong kasar)
6 helai daun selasih (dipotong kasar)
Bahan Kisar
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah besar
5 biji cili merah
6 batang serai
2 cm lengkuas
2 tangkai akar daun ketumbar
Cara membuatnya:
Gaul ikan bersama bahan kisar, sos ikan dan tepung beras.
Perap sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng daun limau purut dan daun salasih selama 30 saat setiap satu. Angkat dan toskan.
Tambah minyak jika perlu dan pastikan minyak cukup panas dan dapat meneggelamkan ikan.
Goreng ikan sehingga garing.
Angkat ikan dan taburkan dengan daun limau dan daun selasih tadi.

Leave a Reply

Recipe Rating