Anak-anak Kak Yan semuanya suka makanan Thai terutamanya Asma. Dia kalau makan, cukup nasi putih dengan sup tom yam sahaja. Habis hati dah tu.
Dua hari sudah Kak Yan masak Tom Kha Gai. Punyalah sedap, berebut-rebut kami sekeluarga makan. Tak sangka hidangan bersantan boleh memberikan rasa fresh and clean sebegini rupa. Cukup perfect. Flavorful sangat.
Kalau sesiapa yang nak mencuba, ni resipinya . Pasti anda menyukainya. Selamat Mencuba!

Tom Kha Gai
Bahan-bahannya1 cawan santan pekat1 cawan stok ayam ( kalau tak ada gunakan 1 cawan air dicampurkan dengan 2 ketul stok ayam )5 hirisan lengkuas4 daun limau purut (dikoyak kepada dua bahagian)2 batang serai dipotong serong dan diketuk3 ketul isi ayam dipotong dadu1/2 cawan cendawan segar2 sudu besar sos ikan2 sudu besar jus perahan limau4 atau lebih cili padi ( diketuk sedikit)Secekak daun ketumbar (dipotong panjang-panjang) Cara membuatnya:Masukkan stok ayam dan santan ke dalam periukMasukkan lengkuas, daun limau purut dan serai dan masak sehingga hendak mendidihSentiasa mengacau kuahnya takut nanti kuahnya naik minyakMasukkan isi ayam dan cendawan dan masak sehingga mendidihKemudian bolehlah dimasukkan sos ikan, jus limau dan cili padiMasak sehingga ayam lembut dan perasakan dengan garamRasa kuahnya dan boleh tambah sos ikan dan jus limau jika tak cukupAkhir sekali masukkan daun ketumbar dan tutup api.Makan dengan nasi panas.